Tuesday, 23 June 2015

Cinta itu hadir kerana perkenalan...

Cinta itu hadir kerana perkenalan.
Bersemi kerana perhatian.
dan
Bertahan kerana kesetiaan...




Post saya pada hari ini agak sentimental sedikit... yup aku memang seorang yang sentimental. Tapi ramai rakan-rakan aku yang tak tau... haha. 

Dalam perjalananku menjalani liku-liku kehidupan menjadi hamba-Nya, aku diuji dengan perasaan sayang... yaa aku jatuh cinta kepada seorang perempuan.

Aku punya kisah "cinta"...

Aku tak sedar bila aku mula menyayangi dirinya... sedar-sedar aku sudah mula mengambil berat tentang dirinya.. Dia adalah juniorku di institusi pengajian yang aku ikuti...



Cinta itu hadir kerana perkenalan.

Aku mula mengenali dirinya seawal dia melangkah masuk mendaftar ke institusi pengajianku. Pandangan pertamaku terhadap dirinya ialah comel. Dia memang comel. Cukuplah aku memperkenalkan dirinya sebagai Wen. Namun aku seorang lelaki yang agak pemalu lebih-lebih lagi dengan perempuan. Aku tidak pandai bersosial. Perempuan yang aku boleh bawa bercakap pun hanyalah rakan sekelas aku.. itupun jarang-jarang aku bercakap dengan mereka. Kadang-kadang hanya bila ada assignment berkumpulan barulah aku bercakap dengan mereka. Hanya seorang perempuan dalam kelas aku sahaja yang aku rapat dan selalu bermesej dgn aku iaitu Miss M. Itupun kalau di kelas aku jarang tegur dia...tak berani..hahaha. Mesti kamu tak percaya kan... tapi itulah diri saya.. Jadi aku berkenalan dengan dia pun (junior comel) disebabkan rakan saya yang memperkenalkan dia. Tapi saya tak rapat lagi dengan dia... mesej pun tak dengan dia. Hanya setakat kenal begitu sahaja.


Bersemi kerana perhatian.

Aku mula rapat dengan dirinya disebabkan satu peristiwa... Aku rasa bersalah terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya. Sejak dari hari itu, aku mula mengambil berat tentang dirinya... tapi hanya setakat kawan. Dari saat itulah aku mula mengenali dirinya. Dia seorang yang baik...penyayang dengan kucing, suka berkorban demi kawan-kawannya dan seorang yang sangat menyayangi kedua-dua orang tuanya.. mungkin dari saat aku mengenali dirinya aku sudah mula menyukainya...tapi aku tidak sedar bila perasaan itu mula bertukar syaang.. Tidak lama kemudian aku dapat tahu yang dia suka dengan seorang kawanku. Hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan sahaja dan aku pun mula menjauhkan diri dari dirinya semula. Ya siapalah aku untuk menghalang dia daripada menyukai orang lain... dan dia pun mula rapat dengan kawanku tersebut. Tapi aku tahu... kawanku itu hanya endah tak endah dengan perasaan dia (junior comel). Tapi aku tak tahu bagaimana aku hendak memberitahu dia mengenai kawanku tersebut... aku takut dia tidak percayakan aku disebabkan bagi dia lelaki tersebut (kawanku) itu begitu baik dan jujur.  Aku hanya mampu berdoa supaya Allah tunjukkan siapa diri sebenar kawanku itu kepada dia... dan Alhamdulillah...
Setelah beberapa tahun dia menyukai kawanku dan kawanku buat endah tak endah saja dengan perasaannya, akhirnya dia tau perangai sebenar kawanku tersebut. Dia mula membenci kawanku tersebut kerana suka mempermainkan perasaan perempuan. Bukan dia seorang sahaja yang terkena...
Kemudian aku mula kembali rapat dengan dia sebab aku tau dia dah tak menyukai sesiapa lagi (mungkinlah..). Aku ambil berat tentang dirinya dan cuba membantu apa yang terdaya.
Suatu hari, aku cuba mempertahankan seorang junior perempuan, Miss L daripada menjadi mangsa kemarahan senior-senior di dalam facebook. Rupanya dia cemburu dengan tindakan aku tersebut...tambahan pula aku tidak membalas "whatsapp"nya.. hanya sekadar "seen". Tapi aku tidak tahu semua itu...
Sehinggalah satu hari tersebut, dia bertanyakan soalan kepada aku... "Siapa perempuan yang ko minat?". Aku terkejut dengan soalannya.. Mulanya aku tidak ingin memberitahu dia disebabkan aku malu jika hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia berkali-kali bertanyakan soalan tersebut... dan sebanyak itu juga aku mengelak untuk menjawab soalan tersebut...sehingga seorang kawanku, Miss M (kawan perempuan yang agak rapat dengan aku, dalam mesej jak laa) bertanya soalan yang sama kepada aku. Dia tanya aku minat Wen tak? Aku ckp terus terang dengan dia aku memang minat dengan Wen cuma aku malu nak cakap. Takut-takut dia tak minat dengan aku. Rupa-rupanya Wen pun menyukai aku... Miss M beritahu aku. Aku seakan tidak percaya...


Bersambung...










Blogger Bidan Terjun :P

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari ini, 23 Jun 2015 bersamaan 6 Ramadhan 1436H hati ini tergerak untuk membuat blog sendiri... aku seorang yang pemalu dan susah untuk aku meluahkan apa yang aku rasakan melalui bicara... yaa, aku ingin meluahkan sesuatu yang terpendam di dalam hati. Lantas aku membuka laptop aku seusai saja kelas tamat dan menunaikan solat fardhu zuhur... ku tekan butang "create blog".. dan aku bingung seketika. Bingung memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas "create blog"... ahhh lama-kelamaan nanti aku pandai laa... aku boleh "Google".. nak tanya kawan aku segan.. hahaha.. "Apa nak jadi, jadilah...," hatiku berbicara. Tersengih-sengih seorang diri di dalam bilik.. Nasib la "roommate" tengah tidur..haha. Tak pasal-pasal dia ingat aku dah tak betul disebabkan tertekan dengan kajian tindakan yang perlu kami laksanakan semester ini.

Sebenarnya tujuan aku nak ber"blog" ni untuk berkongsi apa yang aku rasakan dan apa yang aku inginkan kongsikan... aku seorang yang suka memendam perasaan jadi mungkin dengan cara ini bolehlah aku mengurangkan sedikit beban dan tekanan yang ada di dalam diri ini :)

InsyaAllah ada masa dan kesempatan saya akan cuba "update" blog saya ini dari semasa ke semasa. "Post" saya pada kali ini hanyalah bertujuan untuk memperkenalkan diri selaku seorang "Blogger" barulah kononnya... hahaha.
Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya... skema gila :P hahaha


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.